![]() |
|
|||||||||||||||
|
Untuk Coaching | Untuk Jemputan
Buat mereka yang ingin berniaga di internet tetapi tidak ada blog dan laman web. Cerita benar ini berlaku di Malaysia selepas Singapura dan negara lain.
"Bayangkan jika anda menguruskan jualan produk di tempat yang kita suka sebagaimana peniaga di bawah yang menjual buku dari blog sahaja."
Tetapi dia menguruskan dari kafe kegemaran sambil menikmati teh tarik dan roti kegemaran. Dia telah melakukan meskipun tidak ada pengetahuan internet pada tahap pakar, melainkan sebelum ini hanya tahu emel dan enjin carian sahaja. Dalam masa tiga jam, bengkel coaching blog shop nombor satu di Malaysia ini mengubah cara bisnesnya. Dia hanyalah peniaga biasa sahaja.
Formula Mulakan dengan apa di tangan dibongkarkan! Rahsia peniaga kecil blog shop dedah cara Percayakah Tuan dan Cik Puan tidak perlu menjadi pakar internet untuk memulakan bisnes di internet? Mahukah tuan dan Cik Puan tahu cara menjalankan perniagaan kecil di internet menjual produk sendiri atau produk orang lain pada kos rendah? Meskipun Tuan dan Cik Puan tidak ada pengetahuan membuat blog dan laman web? Bersediakah Tuan dan Puan belajar menjual dan pemasaran produk di internet daripada orang yang pada awalnya tidak yakin dengan perniagaan internet. Kemudian, sebaliknya berlaku?
Penjual nasi lemak sudah memasarkan produk berharga RM1.00 melalui internet. Manakala peniaga karipap berharga tiga keping seringgit pun menjual di internet menggunakan blog di Kuala Lumpur. Jika saudara ada rancangan berniaga dan memasarkan perniagaan melalui internet, baca maklumat penting ini sekiranya tuan mempunyai komputer riba, streamyx atau pun wireless broadband di rumah.
Langkah demi langkah coaching perniagaan internet untuk perniagaan kecil kaedah blog shop
Kini jurulatih dan perunding perniagaan internet turun dan mahu berjumpa saudara secara personal! Tetapi terhad untuk 6 orang sahaja!
Jumlah peserta yang kecil memudahkan sesi soal jawab yang akan memuaskan hati kita berbanding ceramah di dewan yang besar. Bukankah itu yang kita mahu apabila menyertai bengkel?
Apakah itu coaching perniagaan internet untuk perniagaan kecil?
Inilah trend peserta yang datang ke bengkel kami selama ini Mereka yang menghadiri bengkel ini adalah pelbagai. Ada yang datang mewakili isteri yang akan berniaga secara online, ibu menghantar anak belajar agar dapat menghasilkan blog shop untuk bisnes dari rumah. Pelajar kampus yang bercadang menjual produk di kampus secara online dan peniaga kecil yang mahu memperkenalkan perniagaan mereka yang selama ini dijual di kedai dan secara tradisional.
Carian dan kewujudan blog shop sepanjang empat tahun lalu menunjukkan peningkatan. Bayangkan negara kecil, Singapura menunjukkan kewujudan peniaga kecil yang menjual di blog. Ada yang seawal usia 13 tahun berniaga kecil-kecilan dari rumah melalui blog shop. Ia terus meningkat. Sertai dan pelajari apakah strategi dan cara digunakan.
Di Malaysia, kewujudan blog yang menjual semakin mendapat perhatian ramai dan disiarkan dalam akhbar nasional antaranya;
Apakah perkara akan saya dipelajari dalam program coaching blog shop ini ? Dalam tiga asas iaitu membuka, mengurus dan memasarkan perniagaan di internet menggunakan blog, anda akan didedahkan rahsia peniaga kecil yang selama ini didiamkan; Perhatian Bengkel ini dibuka hanya kepada mereka yang tidak mempunyai blog kerana kaedah akan diajar satu persatu. Namun demikian jika saudara mempunyai blog tidak mempunyai halangan bagi turut serta. Hanya perlu bersabar mengikuti langkah demi langkah membina blog shop yang tuan dan cik puan mungkin sudah sedia ketahui.
Jurulatih dapat memantau seorang demi seorang tanpa bimbang ketinggalan mana-mana peserta berbanding bengkel yang besar. Bukankah itu yang kita mahu?
Apakah yang perlu dibawa peserta ke program coaching santai ini ?
Terbukti perniagaan kecil menggunakan blogger.com sedang meningkat
Hasil carian beg di blogspot. Blog shop mula menguasai carian Google
Apa kata peniaga kecil mengenai jurulatih bengkel ini?
Ketiga, sikap rendah hatinya yang sedia berkongsi maklumat terbaru dari semasa ke semasa. Idea-idea beliau berjaya membuka pintu minda saya untuk terus berfikir dan bertindak. Paling istimewa
idea-idea beliau itu terbukti berkesan apabila dilaksanakan.
Berapakah pelaburan seumur hidup untuk coaching sehari ini ?Ini adalah bengkel komuniti yang akan tamat pada bila-bila masa.
(Harga bengkel umum bersama kemudahan RM350] Ini adalah bengkel komuniti, mohon bawa laptop dan broadband anda ke bengkel ini Penganjuran bengkel komuniti adalah sementara sebelum kembali ke bengkel umum bernilai RM350 * makanan dan minuman tidak disediakan Mengapa coaching blog shop diadakan pada saat-saat ini? Tahukah saudara, saya dihujani oleh emel-emel yang meminta saya mengadakan satu lagi sesi bagi mereka yang mahu belajar teknik perniagaan dan pemasaran internet. Tetapi mereka mempunyai situasi peribadi meskipun benar-benar mahu belajar dan menjalankan bisnes. Berikut adalah screenshot emel yang saya terima daripada mereka yang benar-benar ikhlas untuk belajar tetapi kekangan bajet mengehadkan mereka. Maka bengkel komuniti perniagaan di internet mesti diadakan
Benar, di Kursusperniagaan.com kami mengadakan seminar yang melibatkan empat orang pengamal bisnes kecil, pakar perniagaan kecil, pakar pengurusan risiko bisnes kecil dan pakar penjenamaan yang pernah menghadiri World Branding Forum, sebuah forum antarabangsa bernilai tidak kurang RM4000 ringgit. Adalah mustahil untuk merendahkan yuran atas permintaan mereka kerana membawa empat orang pakar dan fasiliti yang selesa perlu disediakan untuk peserta dan kit perniagaan yang lengkap, permintaan mereka terpaksa ditolak dengan berat hati
Akhirnya ada jawapan kepada permintaan saudara Tetapi salah seorang daripada mereka bersedia memberi jalan keluar. Beliau memberi masanya selama tiga jam, memberi panduan dari A ke Z kepada mereka yang mahu mempelajarinya. Tetapi terhad untuk enam orang setiap minggu. Katanya, "Agar mereka yang menyertai coaching ini mendapat kefahaman 200 peratus dan terus membuka perniagaan internet selepas tamat coaching ini."
Tetapi tindakan beliau memberi coaching pada harga terendah di pasaran pasti TIDAK disenangi! Ya, nilai coaching di pasaran adalah serendah RM150 sehingga RM300 sejam. Tetapi jurulatih perniagaan internet percaya kepada saudara yang akan mengambil peluang ini tanpa memberi alasan lagi. Beliau meletakkan nilai RM25 sejam bagi setiap jam yang diperuntukkan. Bayangkan maksima RM300 sejam dikenakan oleh perunding lain, tetapi RM25 sejam yang diberikan oleh perunding KursusPerniagaan.com. Ini bermakna beliau memotong RM225 secara percuma tanpa memberi alasan lagi. Adakah saudara mahu memberi alasan lagi sedangkan ia sudah terlalu rendah daripada nilai pasaran profesional? Ya, beliau melakukan untuk anda sekarang dengan syarat saudara bersetuju bersamanya minimum selama 4 jam dan pada harga terendah RM75 sejam. Ini hanya sementara sahaja sebelum bengkel komuniti ini ditutup dan diteruskan dengan bengkel umum. Coaching ini hanya bagi membantu mereka yang mahu belajar pada kos yang rendah. Cuma untuk sementara tawaran ini.
Pelanggan hari ini memberitahu 2 perkara PENTING ini kepada saya
Trend ini semakin meningkat selepas
kegawatan ekonomi seluruh dunia termasuk Malaysia berlaku. Berlaku
peningkatan pengguna ke laman web peniaga dari 45 peratus sehingga 236
peratus.
Apa yang berlaku ketika kegawatan ekonomi?
Pemasaran di internet menjadikan maklumat perniagaan saudara dilihat dan dihafal kerana dilihat setiap hari!
Saudara mempunyai kenderaan
sendiri. Setiap hari, dalam kesesakan, bahagian belakang kenderaan akan
dilihat oleh orang berbeza. Ketika menunggu lampu trafik menjadi hijau,
sekurang-kurangnya bakal pelanggan akan membaca alamat web saudara dalam
tempoh 30 saat. Bagaimana dengan perniagaan kecil anda jika dapat dipromosi melalui kenderaan sendiri?
Peniaga jalanan juga memilih memperkenalkan perniagaan di internet
Ada yang berkata, promosi perniagaan di internet hanya untuk peniaga besar sahaja. Benarkah? Peniaga kecil dan peniaga besar, kedua-duanya memerlukan pemasaran di internet. Lihat kehebatan dan genius pemasaran perniagaan kecil dilakukan oleh penjual air di tepi jalan, JJ88. Kami mengkaji cara pemasaran perniagaan kecil ini dan mendapati, laman web dipromosi pada iklan dan bungkusan produk. JJ88 tidak mempromosi air minuman semata-mata, mereka mempromosikan peluang perniagaan kepada mereka yang berminat dengan bisnes ini. Bayangkan jika saudara boleh lakukan perkara yang sama. Tidak perlu saudara atau pekerja sampaikan mesej berulang kali setiap hari pada orang berbeza. Mereka hanya perlu melayari laman web bagi mendapatkan maklumat. Perniagaan berkembang kerana penjual bisu di internet .yang bercakap untuk pihak anda.
Blog Shop saudara menjadi jurujual tanpa henti.
Apa yang akan terjadi jika perniagaan saya tidak berada dalam
internet?
Perniagaan kecil
Malaysia kehilangan 84% bakal pelanggan baru setiap hari
jika tidak memasarkan produk dan perkhidmatan mereka melalui internet
hari ini. Adakah sebarang coaching perniagaan internet di Malaysia yang dapat membantu selesaikan situasi ini? Nanti dahulu! Soalan saya, adakah sebarang
coaching perniagaan
internet di Malaysia yang bukan sahaja teori, ceramah, tetapi ada praktikal yang dapat membantu selesaikan situasi ini,
sedangkan saudara bukan pakar internet?
Mengapa hanya 6 orang sahaja dalam satu sesi? Sesi ini hanya diadakan apabila ada kelapangan. Ini bermakna tarikh yang diberikan berikut adalah tarikh yang sengaja dikosongkan oleh pihak kursusperniagaan.com. Ini kerana beliau memfokuskan tumpuan kepada seminar lain di tempat lain di sekitar Kuala Lumpur dan semenanjung. Kerana saudara, tiga jam pada satu hari khusus beliau akan mengajar dari A ke Z.
Saya masih bekerja tetapi berminat dengan perniagaan.Adakah coaching santai ini sesuai untuk saya?
|
| Jaminan kami Saudara tidak akan, saya ulang saudara tidak sesekali akan mendapat tawaran coaching santai, daripada mana-mana perunding professional pada harga serendah ini. Jika ada, beritahu kami dan kami akan berikan saudara latihan percuma.
|
Tetapi, pastikan perunding itu mempunyai 9 ciri ini.
Jika tidak ada ciri-ciri di atas, inilah program coaching santai yang mesti tuan dan puan sertai hari ini.

Siapa
Jurulatih kepada 6 peserta yang akan dibimbing nanti?
Zamri Mohamad
Penulis sepenuh masa, usahawan perniagaan kecil dan pemasar internet

Zamri Mohamad
merupakan penyelidik bebas bagi sebuah konsultan dan jururunding
perniagaan
kecil di Kuala Lumpur sejak awal tahun 2001 sehingga tahun 2005.
Dikenali sebagai penulis sepenuh masa di Malaysia. Pada peringkat awal
beliau merupakan orang yang skeptik dan tidak percaya internet membantu
mengembangkan perniagaan. Pada beliau, "Internet hanya untuk mencari
maklumat dan bersosial"
Kemudian beliau mencuba bagi membuktikan ia tidak berjaya.

Salah satu sesi pemasaran di internet yang pernah dikendalikan.
Sebaliknya berlaku. Pada awalnya. beliau memilih produk orang lain
sebagai eksperimen. Percubaan menjual buku Buat Duit Dengan Terbit
Sendiri Buku terbitan MNZ Infobiz didapati terjual dalam Internet sehingga
hari ini.
Anggapan awal beliau terbukti salah. Kejayaan percubaan beliau hari ini membawa kepada penghasilan tidak kurang daripada 13 laman web mini yang dihasilkan sendiri untuk produk berbeza milik beliau dan orang lain.

Pada November 2008, beliau melancarkan laman web mini
untuk menjual buku Buat Duit dengan Ternak Ikan Keli. Sekali lagi,
produk pilihan Zamri menjana pesanan buku setiap hari. Sedangkan ia
dilancarkan dalam tempoh sebulan di internet.
Zamri Mohamad tidak pernah mendapat pendidikan khusus untuk membina
laman web mini. Ini membuktikan
perniagaan Internet untuk
perniagaan kecil
boleh dilakukan secara mudah dan cepat oleh sesiapa sahaja.
\
Paparan di televisyen nasional, TV3

Zamri Mohamad juga penulis buku terlaris Rahsia Bisnes Mamak yang
diulang cetak yang menjadi tumpuan media di Malaysia dan Singapura.
Zamri juga telah menghasilkan sepuluh buku yang terjual di rangkaian
kedai buku seluruh negara dan secara Internet.
Terdahulu, beliau juga bertanggungjawab membina laman web
kursusfrancais.com yang menjadi laman web rasmi kursus francais
usahasama kolej antarabangsa DMDI milik kerajaan negeri Melaka dan
Sprint Marketing Concept, sebuah konsultan perunding berdaftar di bawah
PNS dan MARA.

Paparan pengamal perniagaan internet di akhbar nasional Sinar Harian

Muncul dalam akhbar Inggeris, Malay Mail
Memasarkan
perniagaan dalam internet perlukan kaedah menulis yang dapat
mengumpan pelanggan.
Dalam coaching ini, beliau akan memberikan tip
menulis bagi menjual dan memperkenalkan
perniagaan dalam internet.
Zamri pernah muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia, KOSMO, Berita Harian, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi, Dewan Bahasa,
Pendidik dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.
Lebih menarik lagi, inilah satu-satunya perniagaan secara online yang memberi keselesaan kepada Zamri Mohamad menjalankan tempahan dari mana sahaja beliau berada pada bila-bila masa.
Semuanya hanya melalui perniagaan internet secara mudah, cepat dan praktikal yang dilaluinya sendiri. Hanya dalam coaching ini, beliau akan memberitahu anda caranya.
Senarai pesanan buku yang 100% diuruskan melalui internet. Terpapar senarai pesanan dari online dari web mini Zamri Mohamad.
Bosan bekerja di rumah, saudara Zamri Mohamad mengurus pesanan buku online dari kafe kegemaran pada awal pagi. Pemasaran di internet memungkinkan anda menjalankan perniagaan di tempat kegemaran dengan secawan minuman kegemaran.
Ingat ayat ini, "Zamri Mohamad bukan pelajar komputer sains mahupun kejuruteraan komputer. Beliau hanyalah pelajar jurusan kemanusiaan sastera. Tetapi beliau membuktikan tanpa latar belakang teknologi saudara boleh lakukannya.
Zamri Mohamad telah mengejutkan tanahair dengan pendedahan semua rahsia melalui trilogi buku pemasaran internet yang menjadi pilihan pembaca Malaysia, Singapura dan Brunei

Malah buku Buat Duit dengan YouTube telah muncul akhbar nasional Harian Metro. Satu lagi bukti penerimaan peringkat nasional terhadap idea dan kemahiran beliau melatih para peniaga kecil di Malaysia.

Petikan ulasan buku Harian Metro (kiri) dan tersenarai best seller top-20 di rangkaian kedai buku MPH
Baiklah, saya tidak mahu
memberi alasan dan dalih lagi. Alasan tidak akan membawa saya ke mana.
Saya mahu bertindak.
Saya 100% mahu terlibat dalam coaching
santai ini. Tetapi di mana?

Bangunan kedai bertentangan Petronas, masjid al Muttaqin (berwarna kuning) dan bersebelahan MRR2
Berhampiran restoran Bidayah, Nippon Paint dan Restoran Nasi Kukus Ayam Wafi. Mudah diakses bas pengantara dari stesyen LRT Wangsa Maju (Bas 301) dan teksi.
Streetsmart Solution
11-2, Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur
Malaysia